Affiliate
Affiliate
Pendaftaran Akaun
- Jika anda pernah membeli atau mempunyai emel akaun yang telah didaftarkan, sila log masuk terlebih dahulu di https://medianusantara.asia/dashboard dan terus mendaftar sebagai affiliate
- Jika tidak, daftar maklumat anda di https://medianusantara.asia/pendaftaran-affiliate
- Emel pengesahan akan dihantar ke alamat emel yang didaftarkan setelah kelulusan dibuat.
Affiliate Dashboard
- Log masuk ke akaun anda melalui pautan di emel atau https://medianusantara.asia/dashboard
- Setelah berjaya log masuk, anda dapat melihat beberapa ‘tab’ pada dashboard
STATISTICS
Pada tab ini, anda dapat melihat maklumat secara menyeluruh mengenai komisen, penjualan dan penggunaan affiliate link andaMONTHLY SUMMARY
Pada tab ini, anda dapat melihat jumlah dan peratusan capaian affiliate link anda. Anda juga boleh mengekspot data kepada fail excel untuk simpanan dan rujukan.RECENT ORDER
Pada tab ini, anda dapat melihat lebih lanjut mengenai setiap pembelian oleh pengguna yang menggunakan affiliate link anda. Hanya jumlah jualan dan komisen diperoleh sahaja boleh dilihat. Maklumat pembeli tidak akan dipaparkan.Referral URL
Pada tab ini, anda boleh menjana affiliate link anda.- Masukkan link pada ruangan Page URL bagi membolehkan pembeli membeli secara terus kepada produk. Sebagai contoh untuk produk Catatan Zunita di Jepun link produknya adalah https://medianusantara.asia/product/catatan-zunita-di-jepun/
- Setelah memasukkan link, tekan pada butang Short URL bagi memendekkan affiliate link anda. Tekan butang Copy dan boleh meletakkannya di pos media sosial anda. Atau boleh terus menekan butang FB/Twitter/Email secara terus untuk mula menggunakannya pada media sosial tersebut.
- Anda juga boleh menjana kod QR dengan menekan butang Generate pada ruangan QR Code.
- Bagi menghasilkan pemasaran yang lebih fokus, anda boleh masukkan Campaign Name dan tekan pada butang Add New. Sebagai contoh, bagi pemasaran menggunakan Twitter, anda boleh mencipta kempen khas untuk twitter dan link yang dijana sebelum ini khas digunakan pada media sosial Twitter.
PAYOUTS
Pada tab ini, anda dapat melihat status pembayaran komisen anda. Apabila maklumat dan kaedah pembayaran telah ditetapkan di ruangan settings, anda boleh memohon untuk pengeluaran wang komisen anda dengan lebih mudah. Sila tetapkan kaedah pembayaran di ruangan settings jika tiada butang “Request Payout” pada dashboard anda.SETTINGS
Pada tab ini, anda boleh memasukkan emel penerimaan notifikasi yang berbeza daripada emel yang didaftarkan. Bagi ruangan payouts settings perlu memilih cara pembayaran bagi pihak kami membuat pembayaran. Terdapat 3 cara pembayaran komisen buat masa ini iaitu DuitNow, Pindahan Wang dan Store Credit.- DuitNow
- Anda perlu memilih DuitNow sebagai Payout Method dan masukkan DuitNow ID anda dan tekan butang Save changes.
- Pindahan Wang
- Anda perlu memilih Pindahan Wang sebagai Payout Method dan masukkan maklumat akaun bank anda dan tekan butang Save changes
- Store Credit
- Bagi pembayaran secara Store Credit, kami akan memasukkan credit pada akaun anda yang mana boleh digunakan apabila membeli sebarang produk di website https://medianusantara.asia/
- Anda perlu memilih Store Credit sebagai Payout Method dan tekan butang Save changes.